Arkib untuk Disember, 2012

Misi: VIP Treatment…Ehem…

Posted in Perubatan on 18 Disember 2012 by Najwa Aiman

Hospital ni mewah. Ya… hospital la ni… Bukan hotel. Baru. Tapi tak ramai pesakit. ER pun tak ramai. Macam tak kecemasan pun. Lokasi pun agak tersorok. Kalau waktu malam memang ada harapan ambulan menggagau mencari pintu masuk. Dan kerana tak ramai, aku suka…! Dapat VIP teatment. Bergantung pada doktor gak la. Ada gak doktor yang lebih elok bercakap dengan picagari daripada dengan manusia. Ada gak doktor yang ramah dan sweet.

Tapi sebab tak ramai pesakit, waktu malam kat sini sunyi sangat. Macam rumah mayat mewah le pulok… But then again, kita semua pun akan jadi mayat suatu hari nanti, kan? Kan? Bukan ke? Ke? Tapi kalau kau orang sakit ke, mengada-ngada ke, apa ke, datanglah ke sini. VIP treatment. Sementara orang tak ramai ni laaa… Kalau dah ramai orang, pesakit dan mayat nanti susah le sikit nak cerita kan?

Dan ubat ni. Prospan. Controlled medicine. Ekstrak daun ivy. Warnanya macam teh. Guess what…? Rasa pun macam teh. Tapi really strong beb. Malam makan ubat ni, sampai pagi esoknya masih high. Mujur aku ada Misi Suri yang tolong rawat pagi petang siang malam… Eh… Jap… siang takde. Dia syif malam je… Mmmm… Maceh Misi Suri… Jasamu amat dikenang… Nak sakit lagilah camni… Lambat sembuh pun tak apa. Boleh lama-lama sikit manja… aharks…!

Ubat Gigi Pisang

Posted in Quips on 18 Disember 2012 by Najwa Aiman

Benda ni dah lama dah sebenarnya tapi malas nak tulis blog sekarang… Ada banyak ubat gigi yang mengandungi daun pudina kan? Pokok apa lagi ek dia orang letak dalam ubat gigi? Oya… batang sugi… Pun ada gak. Tapi dah ada ke ubat gigi mengandungi kulit pisang?

Pernah terbaca dulu sesuatu yang pelik — manusia keluarkan produk pencuci pinggan mangkuk yang mengandungi ekstrak tulen lemon, dah keluarkan produk minuman perisa lemon yang mengandungi perisa lemon tiruan… Hmmm… Pelik tak…?

Tanda-Tanda

Posted in Puisi, SíPúT on 7 Disember 2012 by Najwa Aiman


Cerai Pun Elok

Posted in Famili, Sosial on 6 Disember 2012 by Najwa Aiman

Betul ke perceraian tak bagus untuk anak-anak? Selama ni pun memang semua orang anggap macam tu kan? Bila bercerita pasal cerai-berai pun siap bagi contoh real life lagi…

Tapi sorang sahabat lama pernah beri satu point yang sangat menginsafkan — ada ketikanya perceraian jauh lebih bagus untuk anak-anak, katanya. Jauh lebih molek mak bapak tu bercerai daripada terus tinggal sebumbung dan bertekan sampai terkehel lidah dan leher depan anak-anak. Tak harmoni jadinya. Dan anak-anak yang membesar dalam suasana sedemikian jauh lebih buruk natijahnya daripada anak-anak yang mak bapaknya tak tinggal sebumbung lagi.

Renung-renungkan dan… selamat mengamalkan rumahtangga yang harmoni. Ketahuilah bahawa… pada pendapat aku yang tak cerdik ni (bak kata Siput)… tak kiralah sama ada bercerai tu elok untuk anak-anak mahupun tidak, sesungguhnya terus hidup bersama tanpa bercerai dalam kasih sayang dengan suasana yang harmoni itu adalah yang paling terbaik teramat sangat untuk anak-anak dan mak bapak tu sendiri… Kan? Kan? Bukan ke? Ke…?