Arkib untuk September, 2011

Gadget Perempuan Atau Lelaki?

Posted in Famili, Teknologi on 22 September 2011 by Najwa Aiman

Bebudak memang suka tengok jentera berat ek? Haziq memang gemar sangat dengan lori dan traktor. Kenapa ek? Zaman aku belum baligh dulu, aku teramat minat dengan kereta api. Welll… sebenarnya sampai sekarang pun aku minat sangat dengan kereta api sebenarnya… Eheks…

Dan betul ke orang lelaki lebih pandai mengendalikan gadget elektronik daripada orang perempuan? Entahlah ek… Barangkali memang secara fitrahnya cara pemikiran dan mentaliti antara perempuan dan lelaki memang camtu ke? Tapi ramai juga computer saintis dan engineer orang perempuan sekaarng kan? Dan ada juga beberapa orang wanita yang aku kenal yang memang minat teramat pada gadget elektronik ni. Mahir pula tu menggunakannya. Tapi at the same time memang lebih ramai gak wanita yang aku kenal yang tak berapa pandang sangat gadget elektronik. Kalau dia orang ada gadget canggih sekali pun — misalnya henpon atau smartphone — dia orang tak berapa reti nak guna function yang advance tu. Setakat buat call, hantar SMS dan MMS je. Kenapa ek…?

Tapi Permaisuri beta sejak kebelakangan ni sungguh berminat pula nak belajar tentang cara penggunaan smartphone aku ni… Errr… dia ada syak sesuatu ke…? Aiyaaarrrkkksss…!!!

Semua Orang Buat Majlis Raya

Posted in Sosial on 19 September 2011 by Najwa Aiman

Dah selesai dah Majlis Salam Aidilfitri kompeni hari tu. Meriah gak. Tempat baru. Dewan baru. Parking tak cukuplah tapi. Dewan pun macam kecil sikit. Sound system masih okey pada awalnya tapi bila dah nak ke akhir speaker macam dah pecah. Kuat sangat Pak Jabit menjerit kut sebab terlalu teruja? Entahlah…

Bukan Three Stooges mahupun Bujang Lapok apatah lagi Da Di Du. Errr… Jebon pun bukan kecuali yang berbaju hitam… eheks…! Ada artis tau… Ada Shila anak ND Lala yang manis comel cute tu tau…! Dia datang dengan mak mentua aku lagi. Jangan marah tau… Hmmm… Kalau terus ke Pejabat Tok Qadhi pun okey tak..?

Anyways… enjoy gak hari tu kecuali makan tak berapa nak selera sebab tak sedap. Bukan aku sorang je yang kata tak sedap tau. Hari tu aku tak kata apa-apa pasal makanan tu sebab aku fikir tekak aku je yang rasa macam tak sedap. Rupa-rupanya hari ni ramai dok kata yang sama. Nasib baiklah ada Shila dan Jay Jay… Errr… Ifa Raziah pun ada tapi tewaslah sebab ada Shila. Ada ke patut dia kata aku Wahid Satay? Kurang asam glukos betul… Nasib baiklah dia artis yang menguasai mikrofon masa tu. Abon pun ada, Adam & VIP pun ada, Najwa Aiman pun ada… aharks!

Ni le Ifa Raziah. Dahsyat gak mekapnya. Tapi aku lebih suka bergambar dengan awek-awek comel yang bukan selebriti. Tak susah nak berebut sangat, kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Awek ni memang comel banget! Kan? Hep! Jangan kacau dia! Dia tak suka tau… Sebab aku jaga dia elok-elok tau… Teka tangan aku kat mana…? Ehem…

Pokok

Posted in Puisi on 19 September 2011 by Najwa Aiman

Adakah benar sebegini
Yang cinta amat menyakitkan
Dan cinta yang menyambung kita
Cinta juga yang memisahkan?

Lantas inilah jalan hidup
Sepohon kayu yang patah dahannya
Namun terus gigih tumbuh
Mencari cahaya…

UPSR 2011

Posted in Famili on 12 September 2011 by Najwa Aiman

Ummi dan Abah percaya pada Aiman. Ummi dan Abah yakin pada Aiman. Sekarang kita masih terus berusaha bertungkus-lumus. Sesudah itu kita bertawakal. Kepada Allah kita berserah. Semoga Allah memberikan apa yang terbaik untuk Aiman dan kita semua. Dan kita semua reda dengan apa yang Allah kurniakan… InsyaAllah…

GóóD LúCK My SóN!

“Meh Sini Abah Simpankan…”

Posted in Famili on 7 September 2011 by Najwa Aiman

Susah sungguh nak suruh dia duduk sekali dengan abang-abang, kakak dan sepupu dia kat sofa tu untuk bergambar. Degil ketegaq sungguh. Ni mesti ikut perangai Abah dia nih! Ciszz.. Kenapa leka sangat duduk kat bawah ni…?

ø
ø
ø
ø
ø

Ooo… Kira untung rupa-rupanya… Patutlah… colour sampul angpau sama dengan colour tema raya tahun ni ek Haziq…? Errr… meh sini Abah simpankan angpau tu… Hilang tercicir karang… meh sini… Dalam tu colur apa? Merah atau ungu? Ada berapa keping…? Meh sini abah simpankan… Meh sini… syyyyy…