Arkib untuk September, 2009

Gempa Bumi – Kisah Benar

Posted in Bencana on 30 September 2009 by Najwa Aiman

Aku baru keluar dari bilik air hotel aku tadi. Tetiba aku rasa macam pening. Badan rasa berbuai-buai. Eh? Kejap! Kejap! Aku pernah alami rasa macam ni dulu!

Dulu, semasa Tsunami menyerang Acheh, aku berada di tingkat 13 Wisma TNB di Pulau Pinang. Jam hampir 12 malam masa tu dan aku masih bekerja dengan beberapa pekerja pejabat di tingkat 13 Wisma TNB tu. Tetiba aku rasa badan aku berbuai-buai. Aku pening ke sebab bekerja sampai tengah malam ni? Lepas tu salah sorang staf kat situ berlari keluar dari biliknya sambil menjerit-jerit “Earthquake! Earthquake! No joke man!”

Baru kami semua tersedar bahawa kami bukannya pening tetapi bangunan Wisma TNB tu sebenarnya yang berbuai-buai disebabkan goncangan bumi yang mengakibatkan Tsunami tahun tu.

Tadi aku alami rasa yang sama di tingkat enam hotel ni. Gempa bumi lagi ke? Tsunami lagi? Kemudian rakan ofis dari KL telefon.

“You ada rasa tremors tak?” dia tanya.

“Ya,” aku jawab. “KL pun rasa?”

“Ya. Kuat!”

Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu, rakan ofis aku tu hantar SMS pula yang berbunyi “7.9 earthquake off coast of Padang.”

Ni bukan cereka tau! Ni kisah benar!

Lebih baik aku tunaikan segera solat Maghrib dan Isyak jamak aku ni sebelum aku mati dalam runtuhan!

Salah Susun Daaa…!

Posted in Quips on 30 September 2009 by Najwa Aiman

Kekadang kalau aku sendiri tak sempat buat, Permaisuri aku yang akan kemaskan pakaian dan segala barangan ke dalam beg aku untuk aku ke outstation. Tapi kali ni Permaisuri aku sudah silap susun daaa…! Adeh! Dia letak spender aku atas sekali! Jadi kat lobi hotel tadi, disaksikan concierge hotel, aku buka beg aku tu sebab nak masukkan paper yang awek cute banget kat reception tu bagi masa check in tadi (by the way awek tu kata dia habis kerja hari ni jam 11:00 PM… eheks…), maka terserlah le spender biru kelabu aku yang elok berlipat terletak di tempat paling atas sekali dalam beg tu. Ciszzz…! Kalau concierge tu gelak tadi… isy… isy… Agaknya dia gelak selepas aku selamat masuk dalam lif tak? Ciszzz…!

Balik rumah nanti aku akan hukum Permaisuri aku dengan menanggalkan spender aku di hadapan dia… Jaga dia…!

Dah Sampai Sini

Posted in Quips on 30 September 2009 by Najwa Aiman

Alhamdulillah… Lebuh Raya Utara Selatan tadi clear, kecuali selepas terowong tu. Ada construction yang agak panjang tapi disebabkan hiway clear sejak mula perjalanan tadi maka aku tak rasa macam nak mencarut pun… hehehe…

Cuma di R & R Tapah tadi agak padat dengan anggota polis yang majoritinya aku agak polis pelatih dari PULAPOL kut? Sebenarnya kat hiway sebelum R & R Tapah tu memang aku ada potong satu konvoi polis dalam patrol car, trak dan bas persiaran. Bukan sebuah, tapi beberapa buah beb! Panjang konvoi tu! Mesti dia orang on the way untuk satu function. Agaknya dia orang baru sampai ke R & R Tapah tu masa aku tengah solat. Ramai giler! Majoritinya jantan. Sampai gelap dan mendung je R & R Tapah tu disebabkan uniform gelap dia orang. Tandas pun penuh! Ciszzz… Nasib baik aku tak rasa nak berak tadi. Tempat makan pun penuh. Maka terpaksalah aku bersantap KFC je sebab area KFC lengang. Depa tak suka makan KFC kut?

Dan kat sini aku bermastautin di hotel yang aku suka banget sebab ada internet free! Dari bilik aku ni boleh bertenet! Perghhh…! Dan ya, gambar kat atas tu ialah katil bilik hotel aku. Dan ya, atas katil tu memang seluar aku. Dan ya, sekarang ni aku memang tak pakai seluar. Nak tengok?

p/s: Dalam jajahan negeri Perak tadi sedang aku dok tekan-tekan punat cari stesen radio, dapat le Radio FM Perak. Terdengar tentang satu event haper entah kat Pasir Puteh 4 Oktober ni. PDRM punya event. Barangkali konvoi tu on the way ke sana le tadi tu.

Berapa Laju Boleh Pergi?

Posted in Bebel, Gomen on 30 September 2009 by Najwa Aiman

Ramai gak VIP yang meluahkan kesal dan marah hasil Ops Sikap bebaru ni ek? Ramai sangat terkorban. KP JKJR Datuk Singh tu kata penyebabnya apa ek hari tu? Kalu tak silap memandu melebihi had laju, jalan rosak dan pemandu mengantuk ek? Betul ke? Aku tak ingatlah.

Anyways, yang memandu laju tu berapa laju ha? Dalam paper dan TV siap tunjuk gambar lagi highway dan jalan persekutuan sesak. Boleh laju ke dalam keadaan camtu? Rasa pelik yang sama masa memula keluar arahan menteri supaya kelajuan maksimum lebuh raya diturunkan dari 110Kmj kepada 100Kmj ke atau 90Kmj entah sepanjang musim perayaan hari tu. Serius??? Meter kereta siapa yang boleh cecah walau 80Kmj sekalipun kat highway hari tu, sila angkat tangan! Anda telah menang sebuah keranda kayu cengal! Horeyyy…! Eheks…

Part jalan rosak tu memang betul kut ek? But then again, sejak bila jalan raya kat Malaysia ni elok pun… Memang sengaja dibuat camtu supaya Malaysia boleh melahirkan sebegitu ramai tauke tayar, tauke kedai tayar dan tauke mekanik tayar adanya… Sesekali boleh hasilkan jutawan batu nesan, jutawan keranda dan penggali kubur. Tempiasnya boleh dapat kepada pengurus pengebumian dan sesetengah jawatankuasa masjid. Memang tu yang Malaysia suka pun – lahirnya ramai jutawan.

Part mengantuk tu memang… memang… hmmm… apa ek…? Tak bijak kut? Sendiri mau ingat. Ni peringatan untuk diri sendiri le sebab pertamanya, kita perlu mengingati mati; dan keduanya, kejap lagi aku pun nak memandu di lebuh raya. Eheks… macam le aku ni memandu laju… ekekekekeke…

Fikir Apa Ya?

Posted in Famili on 29 September 2009 by Najwa Aiman

Benar wahai Haziq… Benar wahai Mikael… Eheks…

Kusangkakan Empat, Rupa-rupanya Tiga Cekkk…!

Posted in Quips on 25 September 2009 by Najwa Aiman

Sebelum ni aku biasa gak masuk Federal Highway menghala ke PJ melalui Kerinci Link tu. Setiap kali aku lalu kat Kerinci Link sebelum masuk ke Federal Highway tu, kenderaan dah padat. Penuh keempat-empat lorong Lebuh Raya Persekutuan tu beb! Memang tak nampak dah jalan atas highway tu. 

Semalam aku masuk ke Lebuh Raya Persekutuan menghala ke PJ menggunakan Kerinci Link juga. Macam biasa aku perhati ke bawah ke arah Lebuh Raya Persekutuan masa lalu di Kerinci Link tu. Agaknya sebab masih ramai warga muhajirin Kuala Lumpur yang belum balik dari kampung mak bapak dia orang, maka Lebuh Raya Persekutuan agak lengang. Baru le nampak warna jalan atas highway tu. Dan… Oh? Lorrr…!

Baru kutahu… Rupa-rupanya Lebuh Raya Persekutuan tu sebenarnya ada tiga lorong aje ek? Selama ni aku tengok dalam traffic jam sampai empat lorong siot! Cet…!

Melawan Arus Yang Takkan ‘Sakit’

Posted in Nostalgia, Sosial on 23 September 2009 by Najwa Aiman

Zaher dibesarkan di PJ. Bukan… bukan Paya jaras, bukan Padang Jawa, bukan Putrajaya. Petaling Jaya daaa… Dia bersekolah rendah di PJ juga. Bila dah dewasa, dia berhijrah ke Kuantan. Di sana dia berumahtangga (ya… dia dah kahwin… sorry gals! Eheks… Dan sorry Zaher juga sebab dedahkan marital status lu ek… ekekekeke…) dan di sanalah dia bermastautin. Ibu bapanya masih terus tinggal di seksyen 51 PJ tu.

Jadi bila hari raya, tatkala orang lain sibuk dan penat mencarut-carut dan memaki hamun di dalam kereta akibat kesesakan di lebuh raya semasa memandu keluar dari PJ (dan juga KL) untuk balik ke kampung mak bapak dia orang (termasuklah ke Kampung Kuantan dan juga bandar Kuantan), Zaher dan keluarganya terlepas dari kesakitan hati tu bila dia memandu ‘balik kampung’ melawan arus ke PJ. Dan sudah tentu tatkala warga kampung yang dah anggap diri dia orang warga PJ dan KL tu kembali dari kampung mak bapak masing-masing untuk balik ke PJ dan KL, sekali lagi dia orang akan berlumba-lumba dalam pertandingan mencarut-carut dan memaki hamun atas lebuh raya. Dan sekali lagi juga Zaher terlepas dari pertandingan tak berpiala tu!

Good idea, my friend! Sementara sebelum semua orang tiru idea macam ni, lebih baik kita buat dulu! Belum ada lagi rezeki kita ketemu semula tahun ni nampaknya. Insya-Allaah my long lost best friend, may be next time… insya-Allaah…

p/s: Tapi bila kau datang rumah aku lagi kali ni, make sure masa tu kau bukan sedang berpuasa enam tau! Cet!

BïLä TïBä 2 SYäWäL

Posted in Quips on 22 September 2009 by Najwa Aiman

Sehari sebelum tu…

Ekekekeke… Jangan beraya lelama sangat weh!

Solat AíDíL FíTRí Tahun Ni

Posted in Bebel, Islam, Sosial on 20 September 2009 by Najwa Aiman

Muslim Bangla masih datang ke masjid dengan pakaian yang biasa nampak dia orang pakai setiap hari biasa. Tapi bila MA (Masjid Assistant daaa… Macam Office Assistant gitu… eheks…) lalu sambil bawa tong duit masjid, dia orang masih hulurkan tangan menderma barang seringgit. Masya-Allaah…

So far tadi hanya nampak dua orang saja ahli jemaah daripada seluruh masjid yang penuh tu yang pakai topeng muka. Yang lain-lain sihat kut, kecuali Tok Khatib yang suaranya dah serak sikit dan khutbahnya diselang-selikan dengan batuk-batuk. Virus tak boleh merebak melalui mikrofon kan? Boleh ke? Ekekekeke…

Penulis khutbah tak berubah. Khutbah masih panjang berjela-jela dan padat dengan pendapat. Lantaklah resam masyarakat kita yang pergi beraya ke rumah handai taulan dan saudara-mara pada hari raya. Alahai…

Anyways, khutbah yang panjang berjela-jela tak semestinya lekat di kepala dan hati. Yang pendek dan ringkas pun tak semestinya takkan meresap ke dalam jiwa dan sanubari. Macam selalu, ramai gak jemaah tinggalkan masjid sebelum khutbah, dan sebahagiannya selepas separuh khutbah. Yang masih tinggal tu kebanyakannya nak pastikan solat Aidil Fitri mereka cukup syarat dan sah. amati khutbah? Ekekekee… Amati lemang dan ketupat rendang kut? Eheks…

Eloklah khutbah ditulis pendek dan ringkas tetapi padat dengan fakta dan bukan sendat dengan pendapat. Fakta tu ilmu. Pendapat tu sembang. Kalau nak tulis pendapat, eloklah beralih kepada menulis blog aje… kan? Kan? Bukan ke? Eheks…

SéLáMáT HáRí RáYá… Mááf ZáHíR BáTíN…

Gembiralah! Perayaan kan?

Posted in Bebel, Sosial on 19 September 2009 by Najwa Aiman

Kenapa sejak dulu sampai kini, semua filem, cerita dan drama Melayu di saluran TV kita yang bertemakan hari raya semuanya mesti kisah sedih belaka? Dari RTM 1 sampailah ke NTV7, termasuklah TV9, Channel 8 bahkan segala macam saluran Astro yang cekik darah tapi Services currently not available tu semua cerita sedih belaka? Sesat sungguh… eheks…

Masih tak ada rupa-rupanya eksekutif saluran TV yang boleh dibanggakan dalam negara Malaysia ni ek? Errr… jangan marah ek… Masih musim raya ni… Maaf zahir dan enjoy batin ek… eheks!