Archive for the Kapitalis Category

Kepada Datuk Menteri

Posted in Ekonomi, Gomen, Kapitalis, Politik on 27 Disember 2013 by Najwa Aiman
You walk the talk first by marina mahathir from Zainul Z Abidin

Nama Ada Apa-Apa

Posted in Kapitalis, Semasa, Teknologi on 26 April 2011 by Najwa Aiman

Syarikat perkapalan kebanggaan Malaysia — MISC — banyak beli bahtera baru sekarang ni. April bebaru ni satu lagi bahtera tiba dari Korea. Kategori chemical tanker 45k dwt. Kapal MISC memang guna nama bunga, dan yang ni diberi nama Bunga Begonia.

Kalau lu orang guna kereta Hyundai atau Kia tu, samalah konsepnya dengan kapal-kapal MISC. Apa jadi dengan PSC Industries Berhad yang dulu ada anak syarikat di Lumut yang bina kapal tu ek? Dalam tahun 2006 kalau tak silap aku, syarikat tu dah diambil alih oleh Boustead Holdings dan diletakkan di bawah anak syarikatnya Boustead Heavy Industries Corporation. Dulu dia orang bina kapal perang. Dan sebab kapal perang untuk kegunaan TLDM, maka tak sajak langsunglah kalau bagi nama bunga, kan? Takkan Bunga Kekwa nak angkut meriam dan peluru puluhan tan ke laut buat tembak kapal lain? Kenalah letak nama pahlawan — KD Hang Tuah ke, KD Hang Lekir ke, KD Tok Janggut ke, KD Lt. Adnan ke… By the way, “KD” tu tak ada kena mengena dengan ‘Kris Dayanti’ okey! May be suatu hari nanti BHIC akan bina kapal komersil untuk kegunaan Malaysia pula kut…? Lepas tu boleh export. InsyaAllah…

Kalau kau orang beli kapal atau bot, kau orang akan letak nama apa? Bunga juga? Atau pokok? Nama orang? Spesis kucing? Nama taufan macam El-Nino, El-Nina, Tsunami bla bla bla…?

Rujuk Kepada Siapa?

Posted in Bodoh, Kapitalis, Sosial on 15 April 2011 by Najwa Aiman

Borang Job Application kebanyakan kompeni ada kolum untuk Referee dan sesetengahnya buat spesifikasi bahawa salah satu Referee yang disenaraikan mestilah majikan terkini atau terdahulu. Dan praktis beberapa kompeni ialah menghubungi majikan terkini calon kerja tu untuk bertanya tentang calon tu. Part ni yang aku agak kurang faham sikit… Maklumlah… sekolah aku tak tinggi… Empat tingkat je… eheks…

Atas dasar profesional, majikanyang dihubungi akan bagi tahu secara jujur tentang calon tu yang merupakan pekerja dia sendiri pada ketika tu, kan? Secara profesionalnya le. Tapi kalau majikan tu tak profesional dan selfish, macam mana? Kalau pekerja dia tu bagus, dia nak lepaskan atau tak? Cara dia nak tambat pekerja dia? Well… ni pendapat aku yang berpendapatan tak tinggi ni le — kalau majikan profesional, dia akan counter offer. Kalau majikan hampeh, dia akan cakap pada bakal majikan baru pekerja dia tu bahawa pekerja dia tu tak elok dan teruk belaka. Bukan ke…?

Tapi rasa-rasanya majikan sekarang semua profesional belaka. Tak macam dulu, kut? Yang masih kekal macam dulu cuma satu je — semua majikan menganggap bahawa mana-mana perkerja boleh diganti dengan mudah, kecuali diri dia orang sendiri… ekekekekeke… Errr… salah ek persepsi aku ni…?

Kencing

Posted in Bencana, Islam, Kapitalis on 10 April 2011 by Najwa Aiman

Terima kasih atas segala kemudahan dan prasarana. Memang betul semua ni tak materialize kalau tak ada duit. Sebab tu Ketua Gomen sejak dua tiga dekad lepas sibuk suruh kita kerja keras cari duit. Bila kita banyak duit maka gomen boleh cukai kita lebih banyak supaya gomen pun banyak duit. Bila gomen banyak duit gomen boleh buat semua kemudahan dan prasarana tu, lantas bertambah lagi kontraktor yang dapat buat banyak duit. Bila semua kemudahan dan prasarana tu dah siap, maka gomen akan swastakan semua tu, membolehkan golongan bisnes dan kapitalis buat lebih banyak duit untuk beri cukai yang lebih banyak kepada gomen. Bila swasta dah ambil alih prasarana tu, maka bila kita nak gunakannya kita kena bayar dari saki-baki duit kita yang tinggal selepas ditolak cukai kepada gomen untuk bina prasarana tu in the first place, walaupun sekadar nak masuk sekejap untuk hembus hingus kat sinki…

Ramai sudah yang ditemui begitu sajak dengan budaya ni, tapi semakin hanyut dari dunia abadi yang menjadi destinasi kita semua nanti…

Bongok Holdings Berhad 2

Posted in Bencana, Bodoh, Ekonomi, Kapitalis, Semasa on 9 April 2011 by Najwa Aiman

Hospital swasta yang satu ni semakin buruk dan teruk khidmatnya sejak diambil alih sepenuhnya oleh Bongok Holdings Bhd. Tapi kadar caj yang dikenakan makin tinggi pula. Waktu menunggu rawatan mengalahkan hospital kerajaan yang kini dah semakin efisien. Terbalik. Memang betullah Bongok Holdings ni menongkah arus — orang lain pergi ke depan, dia gostan ke belakang… in full speed pula tu… adoi laaa…

Aku akan buat apa yang kebanyakan kompeni lain dah buat — membatalkan hospital ni dari senarai panel kompeni aku. Sesetengah kompeni menyenaraihitamkan nama-nama beberapa doktor tertentu hospital ni pun ada. Mana-mana pekerjanya yang mendapat khidmat doktor yang disenaraihitam tu takkan ditanggung perbelanjaan perubatannya oleh kompeni.

Dan golongan bongok-bongok di Bongok Holdings terus syok sendiri — menyangka group of companies dia tu masih unggul lagi tersohor. Yup… memang bakal unggul dan tersohor — sebagai kompeni yang diuruskan oleh golongan paling bangang dalam cakerawala zaman kini.

Bongok Holdings Berhad

Posted in Bodoh, Ekonomi, Kapitalis, Semasa on 9 April 2011 by Najwa Aiman

Tak berapa lama dulu dalam sebuah forum dengan golongan korporat, timbul isu “corporate branding” yang dibuat dek sebuah kompeni gergasi Malaysia. Begitu amat taksub dan riaknya dia orang dengan identiti kompeni sendiri, dipaksanya semua anak syarikat standardize “brand” korporat. Beberapa anak syarikat lain yang dulu sikit aje sahamnya, dibeli habis semua dan dipaksa standardize juga. Kos ditanggung oleh anak syarikat.

Suka benar golongan perut besar tapi kepala otak kecil di holding company tu tengok logo dia orang di merata-rata pelosok dan di atas stationery. Sekarang holding company tu paksa anak-anak syarikatnya keluarkan duit lagi untuk tempah pen, pen holder, mangkuk untuk letak pen, bla bla bla… semuanya mesti ikut standard corporate yang ditetapkan.

Selain tu diterapkan pula sistem yang datang daripada holding company untuk mengganti semua sistem yang selama ni digunapakai dengan jayanya oleh anak-anak syarikat tu. Prosedur, proses, dokumentasi, bla bla bla… semuanya diubah ikut kehendak dan kepala golongan otak kecil di holding company yang tak tahu apa-apa tentang perincian operasi anak-anak syarikat yang pelbagai industri tu.

Bongok? Tak juga… Bongok wal bangang al bahalul sebenarnya. Golongan yang tak belajar daripada pengalaman lalu memang begitulah. Nak belajar apa kalau otak kecil. Entah-entah memang tak ada otak. Dulu kompeni gergasi ni pernah take over sebuah bank sedangkan dia tak pernah ada bisnes banking. Perangai yang sama juga, dipaksanya bank tu ubah segala-galanya ikut kehendak holding company yang tak tau apa-apa tentang banking. Akhirnya bank tu terkubur sampai tak bernesan. Tu dulu. Bertahun dulu. Dan sekarang dia buat balik perangai bongok yang sama. Kali ni hospital pula.

Biarlah dia ubah semua proses dan prosedur hospital tu. Kebanyakan pesakit pun dah lari pergi hospital lain walaupun bangunan dan hiasan hospital tu dah makin cantik. Prosedur khidmat rawatan hospital tu terpaksa ikut kehendak holding company yang tak tahu apa-apa tentang hospital. Suatu hari nanti golongan bongok dari holdoing company tu akan masuk hospital tu sebab sakit nak mampus, dan prosedur yang dia orang anjurkan tu yang akan digunakan untuk merawat dia orang.

Mudah-mudahan umur dia orang panjang…

“Kau Tengok Ini, Aku Ambil Ini!”

Posted in Ekonomi, Filem, Gomen, Hiburan, Kapitalis, Politik on 27 September 2010 by Najwa Aiman

Memang aku minat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sejak masih sekolah dulu. Karyanya, muziknya, filemnya, dan juga orangnya. Ada orang anggap dia genius. Ramai yang anggap dia berpandangan jauh.

Bebaru ni aku tonton (untuk kesekian kali) filem Nujum Pak Belalang. Dalam filem tu ada dialog antara penyamun Badan dan Nyawa lakonan Aziz Satar dan S. Shamsudin. Semasa dia orang berjaya menceroboh masuk perbendaharaan istana Sultan Shahrul Nizam, dia orang jumpa banyak harta, wang emas, intan berlian dalam tu. Maka berkatalah Nyawa, “Kau tengok ni, aku ambil ni! Aku ambil ni, kau tengok ni! Kau tengok ini, aku ambil ini!” dan seterusnya.

Tak tau sama ada bermotif atau tak semasa dialog tu dicipta untuk filem tu, tapi zaman la ni, dialog tu dah jadi terlalu amat lazim ditutur dan dilaporkan dalam akhbar dan media, kan?

Tengoklah pembangunan yang kita sudah kecapi!” Tapi ofkoz… part siapa yang “ambil” hasil pembangunan tak disebut dalam dialog tu. Untuk orang macam aku, aku jadi Badan aje. Sekadar tengok ajalah… Tapi aku bukan penyamun! Errr… bukan ke? Ke?

Tanda-Tanda Alam

Posted in Islam, Kapitalis, Santap on 24 Julai 2010 by Najwa Aiman

Di UK, bila bunga daffodil mekar, itu tandanya musim panas sudah tiba. Di Malaysia, bila awek tu dah mula bercakap dalam nada berbisik dalam suara yang seakan seksi lagi menggoda, itu tandanya Ramadan dah dekat. Tapi walaupun awek tu berbisik manja dan seksi dengan echo yang bergema dari corong radio, aku tetap tak stim, sebab dia berbisik seksi menyeru nama Yusuf Taiyoob. Setiap tahun. Rasa-rasanya macam dah lebih tiga empat tahun. Mesti suara berbisik tu juga. Memang tak akan invest duit tu untuk buat iklan baru ek? Kalau gefren berbisik seru nama macam tu hari-hari pun boleh mengubah geli-geli kepada geli-geleman tau.

p/s: Sekarang mungkin masih okey. Tapi akan tiba suatu hari di mana iklan sebegitu tak harus disiarkan di corong radio yang didengari melalui sound system maha canggih pada waktu malam gelap-gelita dalam keadaan bersendirian… if you know what I mean…

Mari Bersetubuh

Posted in Kapitalis, Matang, Sosial on 13 Julai 2010 by Najwa Aiman

Bila last kau orang bersetubuh? Okay, let me rephrase that. Bila last kau orang bersetubuh untuk mendapatkan zuriat? Persetubuhan haram tak dikira. But then again, persetubuhan haram pun banyak juga yang melahirkan zuriat. Kebanyakan zuriat tu pula dibuang ke longkang. Ada laporan menarik hari ni kat myMetro

Kadar kelahiran penduduk Malaysia dijangka terus merosot
2010/07/13

KUALA LUMPUR: Kadar kelahiran penduduk Malaysia yang menurun kepada 2.2 peratus dua tahun lalu berbanding 2.6 peratus pada 2000 dijangka terus merosot jika trend melengahkan perkahwinan, merancang kelahiran dan kesibukan kerja terus diamalkan rakyat di negara ini…(baca habis)

Statistik dalam laporan ni termasuk ‘kelahiran haram’ yang tak dikehendaki tu ke? Termasuk penkid ke tak? Sibuk berlaga labia majora dan labia minora atau geletek labia dengan lidah dan jari takkan melahirkan zuriat tau! Habis peluang jantan macam aku yang ada corong spermatozoa nak mengandungkan awek-awek jelita dan menggiurkan. Ciszzz…! Jantan-jantan metro-liwat pun satu dol! Corong spermatozoa tu kalau setakat disumbat ke lubang dubur dan sperm yang terpancut tu disenyawakan dengan rectum tak boleh menghasilkan zuriat tau! Menghasilkan taik bolehlah! Bengong tak sekolah… Isy! Tak kuasalah aku nak fikir masalah ni. Ingat aku ni Perdana Menteri atau Senator ke? Aku sekadar rakyat prihatin yang menyahut seruan kerajaan. Maka meh sini awek-awek sekalian. Marilah kita sahut seruan Senator Heng Seai Kie. Tapi aku nak sahut seruan untuk “melahirkan” saja tau. Bila dah lahir tu dah bukan sebahagian daripada seruan tau. Bila dah lahir tu kau orang tanggung sendiri tau! Meh laaa… Meh la sayang…

Pudu

Posted in Kapitalis, Sejarah on 25 Jun 2010 by Najwa Aiman

Dalam Kosmo! hari ni ada rencana berjudul Penamat Riwayat Penjara Pudu. Phatlee pun ada tulis tentang ni di blognya.

Suatu masa dulu tembok Pudu Jail ni pernah masuk buku Guinness World Record sebagai mural terpanjang di dunia, dilukis oleh banduan. Aku dapat tengok proses melukis tu dibuat sebab setiap hari bas sekolah asrama akan lalu sebelah Pudu Jail tu bila bawa kami balik dari sekolah ke asrama. Gambar pantai. Cantik sangat! Aku fikir bila siap nanti dia orang akan buat sesuatu di dinding tu untuk protect hasil lukisan mural yang cantik tu. Rupa-rupanya tak pun. Semakin lama cat dinding tu terkopek-kopek. Habislah sudah mural terpanjang dunia.

Bila Pudu Jail yang dibina seputar 1890’an tu nak diruntuhkan, ada yang bersetuju. Jangan membazir tapak tanah untuk sesuatu yang tak mendatangkan hasil katanya. Lebih baik bina apartment dan pasar raya yang boleh menjana duit. Ada gak yang tak bersetuju. Warisan sejarah Malaysia, katanya. Kita tak boleh kembalikan masa dan peristiwa, maka wajarlah Pudu Jail diwartakan sebagai bangunan warisan. Maka wujudlah perdebatan menarik berkenaannya.

Kau orang fikir macam mana ya? Aku tak masuk campur. Sejak dulu sampai sekarang aku memang akan mengelak dari masuk area tu. Especially kalau tak ada LRT. Tak kuasa aku nak terkepit dan tersepit dalam traffic jam. Sebelah penjara pun boleh jam. Kalau dah jadi pusat komersil dan residensi?