Arkib untuk 7 Julai 2009

Hujan Dari Langit Ke Tanah

Posted in Hiburan, Nostalgia on 7 Julai 2009 by Najwa Aiman

Kuat juga bunyi guruh tadi. Dua kali. Sekarang hujan dah turun. Dulu-dulu, asal hujan aja suasana mesti sejuk, dingin, nyaman… errr… basah. Atas bawah basah. Luar dalam basah. Kalau kebetulan masa hujan turun tu dok kat outdoor dan tak dapat cari tempat berlindung, best! Rasa segar jek! Lepas tu demam! Eheks…

Sekarang? Guruh bunyi aja kelam-kabut lintang-pukang cari tempat berteduh. Siapa pun tak hendak ditimpa hujan di KL ni. Katak pun kalau dapat belajar Sains dan Matematik dalam bahasa katak, mesti depa pun lintang-pukang sembunyi bawah tempurung. Boleh botak kepala kalau selalu ditimpa hujan KL ni. Lagipun hujan sekarang ni tak semestinya menjadikan suasana sejuk. Basah tu dah tentulah. Tapi basah air hujan je la…

Bumi dah tua kan? Dah sakit dan dah tenat. Barangkali dah nazak pun. Michael Jackson pun dah kembali ke bumi hari ni. Khabarnya dalam keranda bersalut emas. Kaya sungguh. Yang aku tahu selebriti yang matinya dimasukkan dalam keranda bersalut emas atau pun emas solid ni ialah Firaun kan? Apalah nasib Michael Jackson. Diperbuat sesuka hati oleh orang yang masih hidup. Yang hidup tu nanti terpaksalah menjawab dengan Allah SWT kelak akan perbuatannya ke atas si mati.

Wallaahu a’lam…

Jangan Gaduh Sebab Bodoh

Posted in Fiqh, Islam on 7 Julai 2009 by Najwa Aiman

Cerita ni dah lama rasa-rasanya. Tadi ada member panjangkan e-mel berkaitan seorang Muslim yang membela lima puluh ekor anjing. Pemilik anjing tu ada websitenya sendiri berserta gambar di sini.

Aku balas e-mel tu mengatakan bahawa bela anjing pada dasarnya tak haram. Tapi perlu diingat bahawa mazhab Syafie menghukumkan bahawa membela anjing itu haram kecuali ada keperluan tertentu seperti untuk menjaga keselamatan harta benda, jaga ternakan, jaga tanaman atau untuk berburu.

Jadi kalau bela anjing untuk suka-suka, sukarela, play-play haper semua tu tak termasuk dalam kategori yang dihalalkan oleh mazhab Syafie. Tetapi, mazhab Maliki pula menghukumkan makruh saja membela anjing untuk tujuan selain daripada menjaga tanaman, binatang ternakan dan tujuan berburu.

Maknanya tak salah membela anjing bagi yang bersandarkan kepada mazhab Maliki. Sama macam Muslim makan petai atau jering jugalah kan? Dah tu? Setakat makan petai atau jering takkan sampai nak kena maki hamun carut-carut bagai kat orang yang makan tu kan? Lagipun bukanlah manusia namanya kalau tak terlangkah sempadan, dan sememangnya bukan manusia kalau tak kembali ke landasan. Jangan sampai seorang hamba Allah melanggar satu landasan mazhab Syafie, akibatnya seribu orang hamba Allah melanggar kedua-dua landasan mazhab Syafie dan Maliki sekali gus! Adoi laaa…

KPI dan KRA

Posted in Gomen, Uncategorized on 7 Julai 2009 by Najwa Aiman

Sekarang ni orang gomen sibuk dengan KPI dan KRA ek? Bukan ke dah lama makhluk KPI dan KRA ni wujud? Anyways, eloklah juga tu. Makhluk apa KPI dan KRA ni ek? KPI ialah Key Performance Indicator. Ikut petua Tukar Tiub, nak senang sebut – ‘KOPI’… hehehehe… Dan KRA ialah Key Result (atau sesetengah sebut Responsibility) Area. Nak senang sebut – errr… hmmm… ‘KERA’? Eheks… aiyaaarrrkkk…!

Yang aku faham gini—

KRA menilai results dari hasil kerja utama. Tak ada kena mengena dengan cara. Dengan erti kata lain, dalam KRA kita tetapkan result dulu berserta tempoh masa results tu perlu dicapai. Kalau hasilnya menepati spesifikasi results dalam tempoh masa yang ditetapkan, maka KRA tu tercapai le. Misalnya, seorang pekerja kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya boleh menyerahkan lesen memandu yang diperbaharui dalam tempoh lima minit. Straight forward.

KPI pula lebih kompleks daripada KRA. Pendekatan pun ada berbagai-bagai, misalnya menggunakan Balanced Scorecard. KPI menilai performance dari semua segi yang membolehkan organisasi tu mendapat faedah dari pelbagai sudut – keuntungan monetary, customer satisfaction, proses, prosedur dan pentadbiran yang cekap, peningkatan kemahiran dan pembaharuan. Misalnya, macam pekerja kaunter JPJ tadi tu. KRA untuk proses pembaharuan lesen memandu ialah lima minit. Tu aja. Tapi dari segi KPI, kejayaan memproses sehingga menyerahkan lesen memandu yang baru kepada pakcik rakyat jelata dalam masa lima minit tu mesti dinilai supaya boleh ke—

  • menjimatkan kos JPJ (masa, manpower, utilities, bla bla bla…)
  • menjadikan pakcik rakyat jelata tu tersenyum puas hati (sebab kos pakcik tu pun kurang, tak kena herdik, dilayan sopan, pekerja kaunter tu berusaha sungguh-sungguh nak membantu, tak buang masa dia beratur, tak perlu duduk atas kerusi menunggu yang senget sebelah menunggu roboh, tak perlu mengharungi trafik jem atau kesusahan nak cari parking, tak susah-susah nak mencari blok pejabat yang betul atau kaunter yang betul, pakcik tu cuma perlu datang berlenggang bawa lesen dan tak perlu bawa apa-apa dokumen lain, bla bla bla… eh… macam-macamlah!)
  • memendekkan proses lima minit tu kepada tiga minit (sebab bilangan borang nak perbaharui lesen boleh dikurangkan daripada dua puluh keping kepada dua keping, sebab mesin laminating tu boleh ditukar kepada mesin cetakan kad yang lebih pantas, sebab satu pekerja kaunter boleh melayan seratus dan bukan sepuluh orang sahaja dalam tempoh lapan jam, bla bla bla…)
  • menghasilkan cadangan-cadangan baru daripada pekerja kaunter yang setiap hari dok buat kerja tu (sebab dia lebih tahu kat mana boleh improve, kemahiran apa yang diperlu tambahkan, pengetahuan apa yang patut semua pekerja kaunter ada seperti boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Kantonis dan Tamil dengan fasih, kad jenis apa yang patut digunakan menggantikan manila kad yang laminated macam sekarang, sebab papan tanda dan sign board menunjukkan arah blok pejabat dan kaunter yang betul tu jelas dan tak mengelirukan, sebab akses ke kautner tu mudah walaupun untuk pakcik tu atau Fafau yang sakit kaki terhencut-hencut, bla bla bla…)

Fuhhh…! Teruk juga KPI ni ek? Betul ke pemahaman aku tu? Entah le…

Apa-apa hal pun, KERA ke, KOPI ke, sekiranya ia berkaitan dengan perkhidmatan gomen, maka semua tu tak bermakna kalau rakyat jelata, pakcik, makcik yang berurusan dengan gomen tak diambil kira penilaiannya. Biar pengguna khidmat gomen ni – rakyat jelata – yang jadi appraisor. Bukan ke? Ke?