Arkib untuk 12 Julai 2009

Beruk Lebuh Raya

Posted in Bodoh on 12 Julai 2009 by Najwa Aiman

Lebuh raya utara-selatan tu sibuk juga sepanjang masa ek? Dari pemerhatian aku le, lebuh raya tu boleh dianggap sunyi hanya antara 4:00 pagi dan 7:00 pagi aja. Masa tu memang ada ketikanya sebuah kenderaan waima sebuah basikal pun tak lalu kat lebuh raya tu.

Bila dah dapat peluang tengok kenderaan lalu-lalang di lebuh raya utara-selatan tu dari jauh, baru nampak lebih jelas betapa lajunya bas-bas ekspres yang dipandu oleh beruk dan monyet. Kalu tak beruk atau monyet pun, mungkin setitis dua sel-sel babi. Jenis yang tak reti nak berfikir tentang keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Memang laju! In fact, dalam perjalanan balik ke KL tadi pun, sebuah bas ekspres berjaya potong aku yang masa tu sedang memandu kenderaan aku dalam mode cruising pada kelajuan sekata 120 kmj. Teka berapa laju bas ekspres yang aku nampak penuh dengan penumpang masa tu? Beruk Bukit Merah jauh lebih baik. At least beruk Bukit Merah pemalu!